Jangan Terus Berus Gigi Anda Lepas Sahur, Ini Sebabnya


Kenyataan ini mungkin mengejutkan anda, tetapi memberus gigi selepas sahur boleh merosakkan kesihatan gigi. Sebenarnya bukan sahaja selepas sahur, memberus gigi sejurus selepas makan memang sangat tidak digalakkan oleh pakar.
Berdasarkan penerangan Mayo Clinic, makanan berasid seperti limau, oren dan makanan manis boleh melemahkan enamel gigi, satu lapisan di luar gigi yang berperanan untuk melindungi gigi daripada rosak. Jadi cuba bayangkan jika anda memberus gigi ketika enamel gigi berada di dalam keadaan yang lemah? Bahaya tu!

Sebagai jalan penyelesaian, tunggu sekurang-kurangnya selama 30 minit selepas makan jika anda mahu memberus gigi.


Pasti ramai di antara kita yang gemar untuk memberus gigi selepas sahur dan berbuka untuk mengelakkan mulut berbau semasa solat kan? Selepas ini mungkin anda boleh berkumur dengan menggunakan air atau cecair pembersih mulut dahulu sebagai jalan alternatif.
Buat anda yang khuatir mengenai hukum memberus gigi ketika berpuasa, jangan risau kerana Pejabat Mufti Wilayah sudahpun mengesahkan bahawa memberus gigi tidak akan membatalkan puasa selagi tiada apa-apa yang dimasukkan ke dalam perut dengan sengaja.
Sumber : Lobakmerah



Tidak ada komentar untuk "Jangan Terus Berus Gigi Anda Lepas Sahur, Ini Sebabnya"

Berlangganan via Email