Jangan Risau, Ujian Swab Covid-19 Tidak Batalkan Puasa – Mufti Perlis


Sedar tak sedar kita dah nak masuk bulan Ramdhan dimana semua umat Islam akan melaksanakan ibadah puasa. Namun, dalam keterujaan kita menyambut bulan Ramadhan ini, wabak Covid-19 masih belum reda kerana wabak seperti ini mengambil masa yang agak lama untuk dihapuskan.
Sudah pasti ada lagi individu yang masih atau akan menjalani ujian swab Covid-19 bagi tujuan keselamatan. Mesti korang tertanya-tanya, buat ujian swab Covdi-19 time puasa batal ke tak ?
Jangan risau, seseorang individu melakukan ujian swab Covid-19 tidak akan membatalkan puasa. Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian swab bagi mengesan individu dijangkiti Covid-19 sebagai tidak membatalkan puasa.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Perlis berkata, kaedah yang diguna oleh petugas Kementerian Kesihatan untuk menjalankan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum, lapor Harian Metro.
Kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak dalam kedalaman tertentu bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.

So, puasa individu yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.
Alasan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.
Pandangan yang menguatkan ujian swab ini tak membatalkan puasa bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi sebab syarat untuk memasukkan sesuatu ke rongga dalam mestilah bersifat kekal didalamnya dan tak ada sambungan dengan alatan lain di luar badan.
Hal ini dapat dikaitkan dengan tindakan memasukkan gastroscope iaitu teropong perut ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.


So, ujian swab yang dilakukan dengan hanya memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut untuk mendapatkan sampel lalu dikeluarkan semua tidak membatalkan puasa.
Korang yang nak buat ujian swab Covid-19 time bulan puasa nanti jangan risau, puasa takkan batal. 
Sumber: lobakmerah

Tidak ada komentar untuk "Jangan Risau, Ujian Swab Covid-19 Tidak Batalkan Puasa – Mufti Perlis"

Berlangganan via Email