“Isteri jenis apa kau ni?!” – Dah Kahwin 8 Tahun, Tiba-tiba Tersuka & Terlanjur Dengan Kembar Suami


Tergamak seorang isteri menghancurkan kepercayaan yang diberikan sepenuhnya oleh si suami. Itulah pengakuan seorang wanita di Facebook Kisah Rumah Tangga yang telah mencurangi suami sebab ‘tersuka’ pada abang ipar (abang suami).

Dah kahwin 8 tahun
Menurutnya, mereka sudah mendirikan rumah tangga sejak 8 tahun lalu dan tidak ada apa-apa masalah antara mereka berdua.
Tak ada masalah dalam rumah tangga saya. Masalah diri saya. Saya ada perasaan pada abang ipar. Tak tahu. Tak faham macam mana perasaan ni ada tiba-tiba.”

Cukup nafkah zahir dan batin. Suami yang baik.

Suami saya seorang yang sangat baik. bagi saya dia sempurna sebagai seorang lelaki suami layan saya sabar dengan saya. Beri nafkah zahir dan batin secukupnya.” 
Dia sendiri juga mengaku abang iparnya tidak ada kelebihan memandangkan mereka kembar seiras. Jadi perangai semuanya sama. Suka tersenyum, ramah dan suka menolong.

Suami outstation, abang ipar tolong jaga sampai…
Suatu hari suaminya perlu kerja outstation dan minta kembarnya untuk tolong jaga dia. Ketika ketiadaan suaminya, dia dan abang ipar terlanjur.



Bila suami pulang, saya melayan suami seperti biasa tapi sekarang saya hamil. Dan saya tak pasti anak dalam kandungan saya anak siapa.” 
Berdoa supaya Allah buang perasaan.
Katanya, hubungan adik beradik, ipar dan biras memang sangat rapat antara satu sama lain.

Saya selalu berdoa semoga Allah buang perasaan ni. Dan ampunkan segala dosa saya. cukup la perasaan ni hanya untuk suami. Semoga Allah kuatkan iman saya. Pelihara saya untuk jadi isteri yang baik. Saya terima kecaman. Sebab saya tahu saya bersalah.” 
Admin doakan kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara macam ni. Amin…

Sumber: Lobakmerah

Tidak ada komentar untuk "“Isteri jenis apa kau ni?!” – Dah Kahwin 8 Tahun, Tiba-tiba Tersuka & Terlanjur Dengan Kembar Suami"

Berlangganan via Email