BSH 2020: Semakan Status Bantuan Sara Hidup Fasa 1 (Januari)


BSH 2020 fasa pertama akan disalurkan kepada penerima kategori isi rumah bermula 20 Januari (Isnin).
Manakala baki akan disalurkan pada fasa berikutnya pada bulan Mei dan Ogos nanti pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Untuk fasa 1, penerima tidak perlu kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup anda.
Agihan akan dibuat berdasarkan data MyBSH sebelum ini.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, penerima boleh mengemaskini permohonan anda bermula 1 Februari ini.
Permohonan baru juga boleh dibuat pada tarikh yang sama sehingga tarikh tutup pada 15 Mac nanti.
Rayuan BSH hanya akan dibuka bermula 1 Julai sehingga 15 Ogos 2020.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan BSH 2020 Fasa 1.
Baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua.

SEMAKAN BSH 2020

Secara ringkasnya, penerima BSH dibahagikan kepada 3 kategori yang dibezakan mengikut pendapatan isi rumah.
Bagi penerima dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan, anda akan menerima RM1,000 ke RM1,480 (bergantung bilangan anak).
Kerajaan telah menyediakan insentif tambahan sebanyak RM120 bagi setiap anak di bawah umur 18 tahun.
Namun kadar tambahan ini dihadkan cuma untuk 4 orang anak melainkan anak OKU tiada had dikenakan.
Kadar tambahan ini telah dibayar sekaligus pada pembayaran Fasa 2 Mei lalu.
Sebagai contoh — Encik Mohd berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai 4 orang anak yang layak, beliau akan menerima RM1,480 dengan pembayaran sebanyak RM300 pada fasa pertama (Januari 2019), RM780 pada fasa kedua (Mei 2019) dan RM400 pada fasa ketiga (Ogos 2019).
Bagi penerima berpendapatan RM2,001 – RM3,000, kadar bayaran BSH yang anda akan terima sekitar RM750 – RM1,230.
Bagi penerima berpendapatan RM3,001 – RM4,000, anda akan terima RM500 – RM980 Bantuan Sara Hidup.
Untuk mudah faham anda boleh rujuk jadual pembayaran di bawah:


Jadual pembayaran BSH 2020 akan dikemaskini nanti selepas diumumkan secara rasmi oleh Menteri Kewangan.

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

Pendaftaran BSH 2020 akan ditutup 15 Mac nanti.
Permohonan baru akan dibuka semula Februari 2020.
Bagi pembayaran BSH tahun ini, pemohon tidak perlu membuat permohonan baru / kemaskini sekiranya:
  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pemohon hanya perlu kemaskini sekiranya:
  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu)
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
Secara ringkasnya, permohonan Bantuan Sara Hidup boleh dibuat secara online di portal rasmi MyBSH.
Layari https://bsh.hasil.gov.my untuk info lanjut.
Selain itu, anda juga boleh mengisi borang permohonan BSH BK-01 yang boleh diambil di mana-mana cawangan LHDNM.
Setiap pemohon wajib mendaftar akaun bank bagi memudahkan urusan pembayaran dibuat.
Sekiranya pemohon tidak mendaftar akaun bank, BSN akan membuka akaun bank secara automatik mengikut persetujuan ketika mengisi borang permohonan BSH 2020.
Ketika pemberian fasa kedua bulan Mei lepas, BSN telah mewujudkan sebanyak 350,000 akaun baharu susulan duit BSH tidak dapat dikreditkan ke akaun penerima.
Penerima yang terbabit perlu hadir ke mana-mana cawangan BSN untuk tujuan pengaktifan akaun dan pengeluaran tunai.
Berikut beberapa maklumat penting tentang maklumat akaun bank Bantuan Sara Hidup 2020:
  • Bagi pemohon berumur 59 tahun ke bawah yang membuat permohonan atas nama suami, maklumat akaun mestilah atas nama isteri.
Maklumat akaun hanya boleh dibuat atas nama sendiri sekiranya:
  • Pemohon berstatus Kahwin bukan Warganegara atau
  • Pemohon berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak; atau
  • Pemohon berstatus Warga Emas

BANTUAN SARA HIDUP 2020

Berikut antara beberapa sebab lain kenapa bayaran tidak dapat dikreditkan ke akaun bank anada:
  • Maklumat akaun yang dilaporkan tidak tepat; atau
  • Pengenalan pemilik akaun tidak sama seperti pengenalan pada permohonan BSH 2020; atau
  • Status akaun yang dilaporkan adalah Akaun Bersama / Akaun Dormant /Akaun Tidak aktif; atau
  • Status akaun bank tersenarai sebagai senarai hitam bank
Sekiranya perkara ini terjadi, anda tidak perlu khuatir kerana BSN akaun membuka akaun secara automatik.
Apa yang anda perlu buat cuma hadir ke BSN untuk pengaktifan akaun.
Semakan pembukaan akaun BSN ini boleh dibuat di LHDNM.
Atau anda juga boleh membuat semakan melalui MyBSH > Semakan Status > Maklumat Pembayaran
Surat makluman akan diposkan ke alamat yang telah didaftarkan.

SYARAT KELAYAKAN MYBSH

Berikut adalah syarat-syarat permohonan BSH yang terkini:
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
Hubungan anak mestilah:
  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU
Selain BSH, Kerajaan turut memperkenalkan dua lagi skim bantuan tambahan kepada penerima BSH iaitu skim PeKa B40 dan skim mySalam.
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Penerima BSH dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan.
Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.69 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka.
Sumber : Semakanonline

Tidak ada komentar untuk "BSH 2020: Semakan Status Bantuan Sara Hidup Fasa 1 (Januari)"

Berlangganan via Email